pengalaman jadi mc kahwin

tanggal 29 jun 2012, my friend telah selamat menjadi isteri orang. ok, the next day aku di 'hire' untuk menjadi mc bagi majlis persandingan beliau.apa yang unik pada perkahwinan kali ini, beliau menjalankan majlis menggunakan adat sunda. o yeah disebabkan ibu beliau asal dari bandung. so, pelbagai adat sunda dipamerkan semasa upacara adat..seronok. tapi bagi aku, aku seronok sbb first time jadi mc majlis kahwin. wow, meriah gituew..hahaha.walaupun sebelum ni dah biasa jadi mc tp ni pertama kali yer jadi mc kahwin..debar gitu..dah la yg dtg tan sri2., dato'..ok kna sebut betul2 yer.. ok antara adat sunda yang telah dijalankan ialah sawer, melum harupat, injap telur, dan huap lingkung.ok kat cni aku nak share sikit adat-adat tersebut

SAWEER-
sawer pengantin merupakan sebuah tradisi budaya masyarakat sunda yang kental dan sarat dengan doa dan nasihat untuk menempuh hidup baru dengan pasangannya supaya boleh mendirikan sebuah keluarga bahagia. sawer dilaksanakan selepas acara akad nikah. Kedua orang tua pengantin akan menyawer mempelai dengan diiringi nyanyian. bagi menyawer, bakul yang diisi dengan duit syiling, beras, irisan kunyit tipis, dan gula-gula. Kedua mempelai duduk berdampingan dengan dinaungi payung, seiring lagu nasihat. selesai dinyanyikan isi bakul ditabur. hadirin akan berebut memungut duit syiling dan gula-gula. upacara melambangkan pengantin dan kedua ibu bapa berkongsi rezeki dan kebahagiaan

MEULEUM HARUPAT-
membakar 7 batang lidi sama panjang dan setelah dibakar dimasukkan kedalam kendi yang berisi air. setelah padam kemudian di potong 2 dan dibuang jauh-jauh

NINCAK TELUR/ PIJAK TELUR
nincak endog iaitu memecahkan telur oleh kaki pengantin lelaki dengan maksud pada malam pertaman bersama isterinya, itulah pertama kali melakukan hubungan suami isteri.

BASUH KAKI
Air dan bunga harum dari tujuh macam perlambangan sapta-petala alam kabir dan 7 kenikmatan alam sabir, dibasuhkan kepada kaki suami agar kesejukan, kebeningan, kesucian, ketenteraman dan kesetiaan isteri tertanam hingga ke lubuk hati yang paling dalam. Ini adalah langkah pertama pengabdian seorang isteri terhadap suami juga diharapkan setiap langkah didasari dengan hati yang bersih dan suci.

MECAHKAN KENDI-
kendi harus dipecahkan bersama-sama melambangkan bila dalam kehidupan berumah tangga nanti apabila menghadapi suatu masalah, harus diselesaikan bersama dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

HUAP LINGKUNG
Huap lingkung terdiri dari 2 kata iaitu : Huap erti suap, Lingkung asal kata melingkung. oleh itu saling suap menyuap. huap lingkung menggambarkan suasana kebahagian dan keakraban antara 2 keluarga pengantin. " huap lingkung" dan "huap deudeuh" (kasih sayang). ertinya, kedua pengantin disuap oleh kedua ibu bapa tanda kasih sayang atau tanggungjawab terakhir kali menjaga anaknya. kemudian kedua mempelai saling menyuap antara mereka sebagai tanda kasih sayang. bahagian huap lingkung yang terakhir adalah saling menarik "bakakak" (ayam panggang past uada pulut kuning skali). yang dapat bahagian terbanyak konon-konon akan dapat rezeki terbanyak.


ok begitulah yer, serba sedikit adat perkahwinan sunda yang aku boleh kongsi hasil daripada pengalaman bersama-sama menjayakan perkahwinan kawan aku. kalau ada yang salah boleh tolong betulkan.sebab ini pun dapat dari ibu Aan, ibu yang jaga adat perkahwinan sunda.. 


mc dan raja sehari

dayangss dan raja sehari


sayangnya aku xleh nak upload gambar-gambar upacara adat. sebab aku jadi mc ari tu. so, aku x berpeluang merakamkan sebarang gambar. xpe nanti aku try skodeng kwn2 aku yg lain punya gambar.supaya lebih jelas tentang adat-adat ini.


ok, ini sudut sharing!!! =)

Comments

Popular Posts