REDANG ISLAND VACATION- BABAK 3

HOHOH..sambungan babak 3. tak sangka ada gak org baca cite aku ye..tq utk ciputgg sebab ko org pertama komen2..heheh..
 baiklah kawan2 mari kita sambung pengembaraan 4 bersaudara ke redang island.

seperti yang dinanti-nantikan tibalah 12 haribulan julai tahun 2012.pada malam itu kami akan bertolak ke redang.aku dan farah akan bergerak dari kajang menaiki ktm ke shah alam.nak dijadikan cerita hari itu aku tak makan apa-apa kecuali air.ohhhh, laparnya.pagi aku kerja seperti biasa.apabila jam menunjukkan pukul 3 barulah aku terhegeh-hegeh mengemas barang ke redang.setelah siap aku bergegas ke rumah mak ndak untuk berjumpa farah. dari rumah farah, kak long ana menghantar kami ke stesen serdang. aku macam sedikit jakun tgk ktm.wah, dah berwajah baru.


ni lah ktm baru tu..cantikkan..

memang tahap jakun tak ingat.malas panjat tangga guna lif je kat ktm tu.sebelum ni mahu berjam2 aku tunggu  komuter tapi wow, dalam 10 min je dah sampai komuter seterusnya. kalau dulu masa waktu aku belajar macam sardin kalau naik tren ni.


ha, macam ni lah contohnya ktm lama.bersesak.. tapi tidak lagi dengan komuter baru..

lengang je komuter baru...

sampai je di kl sentral berkejar-kejar menaiki tren ke shah alam. oh lupa nak cerita.dalam perjalanan dari serdang ke kl sentral sempatlah aku bersembang dgn seorg akak cina ni. peramah betul dia.tapi memandangkan aku suka melayan manusia, aku layankan aja. perjalanan ke shah alam aku rasa teruja juga la sebab 1st time ke shah alam naik komuter.dah la semakin selesa komuter sekarang. dush..dush...tonk..tonk (bunyi keretapi..aku pn tak pasti bunyi camner)..

akhirnya, sampailah kami ke shah alam.sempatlah aku duduk tepi longkang sambil makan jagung cawan sambil menunggu izah mengambil kami..oh, perutku lapar..nyanyian rock kapak semakin menggendang perutku.
jam menunjukkan pukul 7mlm. ada 2 jam lagi sebelum kami bertolak ke terengganu.kami menumpang sebentar di rumah izah untuk solat maghrib dan bersiap2. seusai solat maghrib jam sudah menunjukkan pukul 8. kami bergegas mengambil xue dirumahnya. alamak lambat pula xue bersiap.rupa-rupanya, dia baru nak bersiap.ketiduran katanya.aku dah tak kira, perut perlu diisi sebelum naik bas.rupa-rupanya yang lain pun kelaparan, kami singgah sebentar di kedai tok ali di shah alam (aku x igt nama kedai tu, aku main bubuh je ni..heheh).. setelah mengisi perut walaupun aku x berapa nak kenyang kami bergegas ke stesen bas shah alam.nasib baik kami samapi tepat pada waktunya.bas baru nak bertolak.
ohooo, malang semakin berbau2..aku bertanya di kaunter mana bas SH parking, beliau kata lorong 4.what lorong 4?mana pulak la ni.tak apa disebabkan aku ni selamba je, aku redah cari lorong 4.agak2 la.betul pun tempat yg dituju itu adalah lorng 4.aku bertanya pada abg konduktor..
"abg, ni bas ke kuala terengganu ke?"
"tak dik. ni ke kota bharu tapi naik je bas ni sebab bas ke kuala ganu ada akt stesen putra. rosak.smpai sana tukar la"
"o, ye ke bang..ok2"
maka bergondol2 la kami menaiki bas SH untuk ke stesen putra....ore klate blako dale bas.

nak tau ape berlaku di stesen putra? nantikan babak 4 penuh kesabaran...

x larat nak menulis ni..baru blk terawikh, mata ngantuk lak..hehehhe

p/s:-gambar ni pinjam dari blog2 lain..tq...

Comments

  1. Kaklong ana menghantar kami ke stesen redang ?? Kat mana dowh ??
    Sekadar pertanyaan..samapi dan seusai tu bhsa sastera baru ke ??
    Hgahagaha

    ReplyDelete
  2. hehehe..ko ni dh cam cikgu bm lak..ok2 aku dh tukar redang ke serdang..silap bro..samapi aku x jmpa tp smpai la tu kot..seusai tu maksudnya sesudah..tu bm btol yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu la aku tanya...bukan niat untk mengkritik dowhh
      Org sllu salah aggp pasal persoalan aku.. huhuhu

      Delete

Post a Comment

Popular Posts