teks mc perkahwinan

aku nak share teks mc kawhin aku hope leh jadi rujukan utk yang lain nanti.. ok aku ada pinjam juga ayat2 n pantun2 dari kwn2 n blogger2 lain..hope sama2 dapat manfaat.


TEKS UCAPAN MAJLIS PERKAHWINAN fitria lestari dan wan mohd syamsyul

MASA
PERKARA
CATATAN/STATUS
12.00 PM
KETIBAAN KELUARGA PENGANTIN LELAKI

1.45 PM
PENGANTIN SEDIA UNTUK PERARAKAN MASUK




2.00 PM
KETIBAAN PENGANTIN





Diiringi dengan lagu tradisional sunda, berjalan ke arah Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; fitria lestari dan wan mohd syamsyul

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan

·     Mc mengumumkan ketibaan pengantin
·     Pengantin berarak masuk dengan diiringi penari2 merak dan 4 hulubalang

2.05 – 2.10 PM
TARIAN MERAK


Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, apa yang disaksikan kini adalah persembahan tarian merak yang dipersembahkan oleh______________________,

Bunga mawar cantik berseri,
Dipetik juragan dibawa ke pekan,
Tarian merak nama diberi,
Marilah bersama kita saksikan.

Mc
penari
2.10PM
KATA ALUAN MC


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Hari ini menugal jagung,
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli



Yang berbahagia, Tan Sri-tan Sri, Puan Sri-puan sri, dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan, ahli-ahli keluarga, rakan taulan serta hadirin hadirat sekalin,  bagi mewakili pihak keluarga Prof. Dr Saberi bin Othman dan Puan Rika Saberi, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada hari  ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna dan dapat menyerikan majlis kita pada hari ini.

Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan WAN MOHD SYAMSYUL DAN FITRIA LESTARI BINTI SABERI







2.15 PM
BACAAN DOA


Tetak buluh pajang sepuluh,
Ambil tali diikat rapat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Bagi memberkati majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan _______________________________ membacakan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.

2.20 PM
UPACARA ADAT SUNDA



Majlis akan diteruskan lagi dengan upacara adat-adat sunda. Bagi mengetuai upacara ini, majlis mempersilakan ibu Aan untuk menerangkan lebih lanjut adat-adat ini seperti adat saweer, melum harupat, injap telur dan huap lingkung sekaligus menjalankan upacara adat-adat tersebut.

Bagi upacara pertama iaitu adat saweer, majlis menjemput kedua ibu bapa mempelai untuk tampil ke atas pentas. Serta para tetamu terutama adik-adik kecil untuk berkumpul di depan pentas.

Dengan segala hormatnya Majlis mempersilakan ..

(ibu aan akan menjalankan upacara)

(buat2 bising2)

Wah2, bukan meriah lagi yer. Ruginya saya tak dapat berebut sekali.
Baiklah para tetamu sekalian dijemput untuk kembali ke tempat duduk masing2 kerana kita akan menjalankan upacara adat yang seterusnya

Baiklah ibu aan, kita boleh teruskan kepada adat seterusnya iaitu melum harupat, injap telur dan huap lingkung, ok mungkin ibu aan boleh terangkan secara ringkas apa tujuan adat ini dijalankan dan apa makna-makna tersirat dari setiap acara ini, silakan ibu.

Upacara berlangsung….

Terima kasih ibu aan,
 Sungguh menarik adat-adat yang telah berlangsung sebentar tadi. Kerana begitu jarang kita dapat saksikan upacara adat sunda terutama di Negara Malaysia. Moga ia akan menjadi satu kenangan abadi.

Mc
Ibu aan
2.35 PM
MAKAN BERADAP


Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab.

Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan


Majlis diteruskan dengan acara makan beradab. Dipersilakan mempelai dan keluarga kedua belah pihak menikmati hidangan yang telah disediakan. Dipersilakan.
Para hadirin juga dijemput untuk menjamu selera. Yang dah makan boleh tambah lagi..hahaha


3.00 PM
CAKE CUTTING


Bagi meneruskan majlis dipersilakan kedua mempelai meneruskan acara memotong dan menyuap kek. Dipersilakan.


Jika pengantin n families dah siap makan. Relaks kejap baru start.
3.10PM
PENUTUP


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara 
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini. Mewakili tuan rumah, KAMI menyusun 10 jari memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan sepanjang majlis berlangsung.

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa 
Kelapa muda si kelapa barli 
Jari disusun maaf dipinta 
Panjang usia bersua kembali 

Sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum W.B.T


3.15 PM
PENGANTIN BERAMAH MESRA DENGAN FAMILIES N FRIENDS
MC’S END HERE

Seteruskan kedua mempelai dipersilakan naik ke pelamin untuk bergambar bersama ahli keluarga. Dimulai dengan:

1)    PIHAK PEREMPUAN, dipersilakan
a.    IBU BAPA
b.    IBUBAPA, PENGANTIN N ADIK BERADIK
2)    PIHAK LELAKI,dipersilakan
a.    IBU BAPA
b.    IBUBAPA, PENGANTIN N ADIK BERADIK














Comments

Popular Posts