REDANG ISLAND VACATION - BABAK 1



percutian ke redang memang sudah lama aku nantikan. selepas ke redang pada tahun lepas, 2011, kerinduan aku pada pulau redang tidak pernah surut. seribu satu perasaan boleh digambarkan tentang pulau redang. ah, aku selalu ingin kembali ke redang. tahun ini kesibukan tugas menyebabkan perasaan aku untuk bercuti semakin membuak-buak. Ah, aku tidak kira aku hendak berjalan-jalan keluar dari kuala lumpur. Ibu kota yang penuh kesibukan. Maka bermulalah penawaran aku kepada teman-teman di dalam facebook. "siapa hendak ikut?" soal aku. Dalam otak aku hanya ingin pergi ke tempat yang nyaman untuk berehat.akhirnya ada beberapa kawan yang ingin ikut serta dalam percutian kali ini. tapi sepertinya mereka tidak bersungguh-sungguh. tidak mengapa. lantas aku bertanya pada sepupu-sepupuku yang suka berjalan. aku mengajak mereka untuk bercuti ke pulau redang kerana aku sudah pernah pergi ke sana. mereka setuju.oh, ada seorang lagi sepupuku yang belum aku beritahu. tetapi belum sempat aku beritahu dia sudah pun menelefon aku untuk mengajak kami bercuti ke johor atau lagi tepat ke JPO (johor premium outlet). sudah pasti pergi bershopping.aku tidak gemar sangat untuk bershopping maklumlah sayang nak tarik keluar duit dari poket.hahaha
bagaimana aku nak beritahu sepupu aku tentang redang sebab nampak dia bersungguh-sungguh mengajak ke johor. lantas aku bertukar fikiran. tidak mengapalah kalau terpaksa ke johor, akan aku ajak mereka ke singapura sekali. tetapi dalam masa yang sama seorang rakanku telah menelefon aku untuk bertanyakan tentang percutian ke redang.oh, nampaknya dia bersungguh-sungguh mahu ke redang. aku serba salah. aku membuat percaturan kembali dengan sepupuku, xu namanya. aku menceritakan padanya tentang rancangan asalku. ha, tidak kusangka xu terus saja bersetuju dengan rancangan ke redang lalu membatalkan percutian ke johor dan singapura. rupa-rupanya, dia juga ingin ke tempat-tempat seperti pulau-pulau cuma dia risaukan aku tidak mahu pergi memandangkan aku sudah duduk di terengganu pasti aku sudah bosan dengan pulau, OHHH, tidak sama sekali. setelah xu bersetuju untuk pergi, rakan aku arnie tidak jadi ikut pula.ada hal lain.tidak mengapa. Maka, terjadilah percutian 4 bersaudara. atau aku panggil kezen trip...

ikuti sambungan perjalanan percutian 4 bersaudara ke redang..pelbagai peristiwa telah berlaku.mengujakan... tunggu....

layari laman web di bawah untuk mengetahui pakej yang telah kami ikuti untuk ke redang.
http://www.redangmutiara.com.my/







Comments

Popular Posts