BERHENTI KERJA

salam buat diri sendiri.. (sebab xde pengikut..hahha)

lama dah tak mencoret dalam blog ini.
al-maklumlah kesibukan yang memanjang.. apa yang sibuknya pun tak tahu..hooho.
Best tak..lama tak post sekali post pasal nak berhenti kerja.. apa kes?
ok sekarang aku bekerja sebagai pegawai tadbir N41 di sebuah IPTA.. dengar macam best kan.aku tahu ramai yang mengidam post aku, tapi kenapa aku jadi gila nak berhenti. Aku labelkan diri sebagai gila. Dah dapat gaji tetap setiap bulan (amount yg best) tapi masih nak berhenti.
mesti korang igt aku berhenti sebab workload or tekanan kan...
aku berhenti sebab:
AKU TAK DAPAT JOB SATISFACTION. sebab ini bukan bidang yang aku minat.
 Lalu mungkin ada yang akan berkata
"ala kenapa nak diikutkan sangat minat tu? sekarang ni jgn memilih sgt"
kemudian aku berfikir. ada benar apa yang dikatakan tapi....
Menurut beberapa kajian (g cari sendiri jurnal kat internet... ni atr kajian aku waktu degree.fyp aku dimana dapat A..poyoss) SEKIRANYA KITA TIDAK MENDAPAT KEPUASAN BEKERJA IA AKAN MEMBERI TEKANAN KEPADA KITA DAN AKHIRNYA AKAN MENJEJASKAN PRESTASI KERJA KITA...
Seee.. betapa pentingnya sebenarnya kita minat pada kerja yang dilakukan. ikhlas akan datang bersama kesungguhan sekiranya kita melakukan kerja yang kita suka.janji halal ye.
Lalu ada lagi yang bertanya
"ko nak berhenti ni dah cari kerja lain ke?"
aku diam sejenak
ya... aku tak cari lagi kerja lain.. macam mana nak cari? kerja sekarang tidak memberi masa untuk aku mencari..alasan.. haha, memang lebih kepada alasan. tapi jujur aku memang mencari dan aku merancang.. jangan risau..
orang yang berhenti pasti sudah memikirkan segala natijah yang akan berlaku.. lalu aku menjawab
"jangan risau sahabat.. bumi Allah ini luas.. sekiranya kau berusaha, berdoa dan bertawakal pasti kau berjaya"
"jangan letakkan hidupmu pada sehelai kertas bernama WANG.."
jangan takut tiada duit kalau berhenti kerja..
heii, Rezeki tu Allah punya... Kalau Bangla yg dtg negara kita boleh kaya dengan jual karpet, kalau Indonesian boleh kaya hanya dengan potong rumput.. kenapa tidak kita.. ini negara kita. NEGARA MALAYSIA BERDAULAT.
aku teringat kata-kata abahku semasa balik bercuti raya haji. dimana saat itu aku menyatakan hasrat untuk berhenti kerja.. awalnya risau juga kalau abah marah tapi abah kata
"berhenti je la kak. kalau itu memberikan kebahagiaan pada akak. abah percaya akak boleh buat. yang penting akak ada CITA-CITA DISULAMI DENGAN KELULUSAN DAN KEBOLEHAN DITAMBAH PENGALAMAN YANG TELAH AKAK LALUI.jangan takut!"
So, apa lagi yang perlu ditakuti.. dunia ni memang penuh pancaroba.. jangan takut hilang kerja kena berhenti kerja kerana selagi kita buat benda di jalan mustaqim, insyaallah everything will be okay.
orang islam kan.. PERCAYA PADA RUKUN IMAN TAK?
"hidup ini buatlah benda yang kita suka kerana duit itu akan datang kemudian, jangan buat sesuatu benda hanya kerana duit kerana ia akan hilangkan apa yang kita suka."
So, dengan penuh berhemah aku berjumpa dengan my coordinator menyatakan hasrat.. berhenti pun kena lah berhemah. jangan main berhenti. At least, orang tak sakit hati. Bincang dan buat surat notis. Sebelum berhenti kaji dulu prosedur-prosedurnya...
whateva , tawakal pada Allah...



Comments

  1. Salam, kiranya awak dah bhenti keje ya?macamana kehidupan selepas bhenti. Sy dah nekad bhenti tapi bila bhenti alahai macam2 perasaan yg dtg. Harap dapat sharing, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori saya tak pernah sangka ada orang baca post saya. alhamdulillah better. dan saya dapat kerja yang saya nak.yang penting jangan putus asa dengan hidup

      Delete
  2. Salam, kiranya awak dah bhenti keje ya?macamana kehidupan selepas bhenti. Sy dah nekad bhenti tapi bila bhenti alahai macam2 perasaan yg dtg. Harap dapat sharing, tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts