REDANG ISLAND VACATION-BABAK 4

dah x sabar nak cerita babak 4...penuh konflik...

bas mula bergerak dari shah alam ke stesen bas putra.walaupun aku dah mula ngantuk aku tahan kan juga mata ni..karang kalau terlepas dari stesen putra sampai ke kota bharu pula jawabnya.maklumlah yang lain2 tak tahu stesen putra kat mana.sambil melihat panorama kuala lumpur aku sempat berangan-angan.angan-angan apa tak payah la aku cerita kat sini..hahaha.
lebih kurang dalam pukul 9.45 malam, kami tiba di stesen bas putra. driver bas pun buat pengumuman.
"siapa-siapa yang pergi ke kuala terengganu turun sini ye"..
apa lagi terkocoh-kocoh la kami turun dari bas.apabila turun dari bas, aku tertoleh ke kiri dan ke kanan tak namapak bas.oh kat depan rupanya bas kami.alamak, apsal bas tu cam tak ok lagi je..aku mula tidak sedap hati..aku lihat seorang pakcik pomen yg x berapa nak tauliah kot sedang berusaha membetulkan enjin.aku dengan beraninya tanya seorang abg konduktor bas ni
"abg, lama lagi ke bas ni nak siap?"
"jap lagi dik.tu pakcik tu tgh usaha baiki."
"ok" jawabku ringkas..
ha, ni la dia bas yg rosak tu..yg penuh kontroversi....

aku masih lagi bersabar..5 min 10 min..aku penat berdiri aku duduk tapi ye la kan kat stesen putra tepi jalan lak tu mana ada kerusi yg selesa nak duduk.akhirnya, aku tak peduli aku duduk je bersila kat gajah menyusur.dah macam bibik kena tangkap nak kena hantar balik indon je rupanya.

see, dah macam rupa apa jer..abis saham i..hhahaha

masa semakin pantas bergerak.sekarang sudah menunjukkan pukul 10.30. bas semakin berkurangan di stesen putra.aku semakin tidak puas hati. aku mengajak izah untuk bertanya bas-bas lain.dengan harapan, boleh la tumpang bas mereka.tapi malangnya semua bas penuh.omg apa nak buat ni..aku semakin berdebar-debar...
bas masih tidak dapat diperbaiki.xu cuba berbincang dgn bos bas tersebut.oh, akhirnya xu terus menelefon hotline tribunal pengguna.bos bas tersebut menjadi berang..ohoo, kami pn berang juga yer..mana taknya,aku risau kami akan tertinggal bot esok pagi..kami dah macam org gila ke hulu ke hilir... oh tidak boleh jadi ni jam sudah menunjukkan pukul 11.sekiranya kami melewati pukul 12 malam, memang kami x sempat naik bot esok pagi.macam mana ni?adakah ini ujian dari Allah..aku semakin redha..
"macam mana kalau kita tak sempat?"tanya aku
"nak buat macam mana xde rezeki la" jawab izah tenang.
"hmmm mgkin ada hikmah sebalik semua ni.pasti ada hikmah" balas aku cuba menenangkan diri sendiri.
 tiba-tiba kami terpandang sebuah bas persiaran di hadapan bas yang rosak.dan ada pak cik india sebagai pemandu bas.aku lantas menyuruh xu untuk bertanyakan pakcik tersebut.xu pergi berjumpa pakcik india itu.jawapan xu
"ko tau bas tu memang bas ganti bas yang rosak ni.tapi dia kata kalau bas rosak ni boleh jalan pakai je bas yg rosak ni"kata xu dalam nada tak puas hati.
"whattttttttttttttttt!!!!!!???bukan kita dh cakap ke kita nak kejar bot esk pagi.dia nak bayar balik ke pakej kita.oh, no paksa gak pakcik tu bawa kita..xde maknanya bas ni nak ok..."balas aku kegeraman.oh ini tidak boleh jadi..pakcik ni x faham lagi ke urgency kami.
setelah pemandu-pemandu dan konduktor bas tu tak sanggup nak layan kerenah kami lagi,akhirnya kami dapat juga naik bas persiaran ganti tersebut.o, sadis.dari nak naik bas 3 seat sebab nak selesa akhirnya terpaksa gak naik bas 4 seat yg tak selesa...see, sebagus mana pun kita merancang kalau Allah kata tidak maka tidaklah..kun fa ya kun...semua rancangan Allah yang terbaik..tidak mengapa la asalkan smpai terengganu.tapi ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam.oh,aku tawakal...

ikuti sambungan babak 5.. adakah 4 bersaudara ini sempat menaiki bot?apa terjadi setelah tiba di terengganu..nantikan episode seterusnya..heheheheh

Comments

  1. Damn u... dah macam sinetron bawang putih bawang merah ... jauh betol perjlnn percutian ini.. haihhh
    Hahaa
    Oke akak.. nnt da updte.. gua dtg masuk komen lagi ye... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..bru la best panjang2...[endek je dh x jadi kisah or cerita..ok2 lately ni blk terawikh je dh penat gile nak tido je..hjehhehe

      Delete
  2. jgn lupe muke pakcik kaunter tuh mase aku pgg cermin mate die. mesti die ingat aku nak patah2 kn. geram. tp aku pon heran sbb aku rilek jer mlm tuh. mmg ajaib

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal kan...pakcik yg gabra tgk ko main2 spek mata dia..hahahah.. tu la ko rilex je mlm tu..tp bagus ade org rilek mcm ko, at least menenangkn yg len dh mcm org gile je..hahaha

      Delete

Post a Comment

Popular Posts