masam manis buah limau


Merenung kecerahan warna orennya membuatkan ana menahan lelehan air liur..mmm,x sabar mahu merasa kemanisan jusnya.walaupun kadang-kala masam menyentak rasa..ana mengupas kulit luar buah itu perlahan-lahan dengan penuh kesabaran..tiba-tiba bahagian hippocampus otaknya cuba menggapai kembali memori yang telah tersimpan lama.seperti kepul-kepul awan memenuhi ruang atas minda ana....
............................................................................................................................................
'Salam,uit kelas kat mana ni?' ana terkocoh-kocoh memanjat tangga.
'w'salam,kelas kat dewan kuliah 1 la,tu la ko bangun lambat lg..'siti sudah mahu memulakan mukadimah ceramah motivasi paginya.tanpa sempat siti meneruskan syarahannya, ana sudah pun mematikan telefon bimbitnya.malas mahu mendengar leteran 'opah' kesayangannya itu. gelaran opah, buat siti yang suka berceramah.
ana meneruskan langkah kakinya dengan laju.tiba di hadapan dewan kuliah 1, ana berhati-hati membuka pintu.
'argh,malunya aku dtg lambat..mesti semua mata pandang aku nnt!'monolog ana dalam hati.wlaupn hakikatnya tiada siapa kisah kalau ana dtg lambat.biasalah kehidupan universiti, masuk kelas lambat lumrah kehidupan pelajar kampus.
ana merasakan seperti ada orang yang mengekorinya dari belakang.dia memandang sekilas.
'ops,alamak mamat sepet ni..bikin hati berdebar je la'ana mengawal raut wajahnya agar tidak kelihatan getar dihati.
dia meneruskan langkah sambil memandang keliling mencari teman se'geng'nya.
kelihatan siti,farah,ida dan laila tersengih macam kerang busuk.ana sudah mengagak apa yang berada di fikiran mereka.
ana terus melangkah ke arah mereka.sudah pasti mereka menyediakan satu tempat kosong untuknya.kalau tak bkn kawan sejatilah namanya. nasib kelas bermula lambat hari ini.
'ehem,ada org bersemangatlah hari ni..heheh'laila sudah memulakan ruangan gosip.
'ye la,wpn lmbat tp bersemangat.patut lah lambat'siti menambahkan lagi garam untuk menyedapkan rasa gosip.
'uit2,ape semangat2 ni?ish3x x faham la aku'ana buat muka selamba walau dlm hati sudah mengeletek ingin tergolek-golek.faham sindiran rakan-rakannya itu.
'dah la ana,kura-kura dlm perahu..hahahah..kau memang janji ngan sepet dtg kelas sama-sama ke?'farah cuba membuat spekulasi global.
'alamak,mana korg tau ni...hahahha.banyak la korg,aku dh semput terlambat g klas leh lak timbul cerita asmaradana ek.tp kan mmg ade jodoh la aku ngan sepet tu.tgk warna baju pn sama, merah gitu..hahah'ana layankan sj ceritera shbt2 karibnya itu.seronok juga kalau dilayan.
'dah la ana, ko jgn la nak perasan pg2 buta ni'ida yang sedari td hanya tersengih mampu juga melontarkan suara akhirnya.
'hek eleh,sape start dlu..aku layankn jer..'balas ana.
'oit dah la dr.ahmad terchenta dah masuk tu..fokus2..ana aku tau ko mesti semangat nak blaja coz sumber inspirasi ade kat sebelah nun..heheh'siti cuba menghentikan ruangan gosip segar sebaik sahaja melihat batang tubuh dr.ahmad melangkah masuk ke dalam kelas.
masing-masing terus memandangkan ke hadapan kelas bersedia untuk memulakan pelajaran.ana sempat lagi menjeling ke arah 'sepet' untuk mendapatkn kekuatan mendengar kuliah selama 2 jam.
to be continued....
..................................................................................................................................................
petang itu cerah.awan sirus berselerakan menghiasi dada langit yang membiru.tiada tanda-tanda hujan akan turun. siti sudah bersiap-siap dengan pakaian sukannya menuruni tangga blok B. blok B merupakan tempat kediaman mereka selama empat tahun bergelar pelajar universiti.
'ana!!!!oi dah siap belom?cepat la,mari kite membakar lemak..'jerit siti.
'alolo makcik ni sabo2 la ye.aku dah nak pakai kasut ni'balas ana sambil mengikat tali kasut.satu kelemahan ana yang ketara, dia memang kurang cerdik dalam bab mengikat tali kasut.
'ish,leceh btol la tali ni.nape la xleh pakai cam kasut spark zaman kte skolah2 dulu..pakai lekat je..ni yang aku mls nak g jogging ni'ana sudah mula mengomel.
'ah,alasan ko je tu..cakap la yg ko lg suka jogging atas katil sambil menternak lemak2 dlm badan.'ujar siti sambil bercekak pinggang memandang ana.
'yesza,jom2 siap dh..baiklah hari ni akan aku panggang lemak2 ini..chaiyoo!!'ana mula melangkah dengan semangat waja.
'kita tak payah jogging terus la,nnt sakit lak sendi2.kite start jln2 dlu..dh biasa gerakkan otot,esok lusa kita jogging lak.'bicara siti seperti jurulatih sukan.
'baik puan..sy menurut perintah..hehe'sengih ana sambil mempamerkan memek muka comel kepada siti.
siti hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. mereka berdua berjalan sambil menghirup udara bukit rekreasi yang permai. sempat juga mereka bergosip tentang isu semasa. ida tidak ikut aktiviti mereka petang itu kerana sayang mahu meninggalkan katil.farah seperti biasa 'dating'.aktiviti wajib katanya.laila lebih gemar menonton tv daripada melihat panorama alam.
'ana,aku nak tanya sikit ni..'ujar siti.
'hmm,ape dia?uit,ramainyer anak teruna main bola sepak.macam ni, tiap ptg pn nak jogging..hahah' balas ana sambil matanya melilau memandang mamat-mamat gagah perkasa yang gila bola.persepsi ana.
'oit jaga mata..astagfirullah.zina mata tau.zina mata dipanggil lahadhat iaitu pandangan yang menuju kearah kemaksiatan. dalam musnad ahmad, rasulullah s.a.w pernah bersabda: Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat. walaupun hadis tu ditujukan kepada lelaki, wanita juga perlu menjaga pandangan.'siti memberi nasihat sebagai peringatan kepada diri dan shabat karibnya,ana.
'ops,astagfirullah.tq beb.khilaf lak aku.ok berbalik pada persoalan ko td.ape yg ko nak tny?'ana tersedar dari kesilapannya.
'ok.mm,sj aku nak tau..aku kan besfren ko..ko btol2 ke suka kat sepet tu?'tanya siti.
'hmm..aku sebenarnya..'ana..
ingin tau ape yang ana feelin ttg sepet..ikuti kisah selanjutnya..heheh

Comments

Popular Posts