sambungan masam manis buah limau


hehe..sebenarnya dah lama aku sambung stori ni..tp malangnya x terupload..bz n xde mood nak buka blog..ok aku smbng ek..let's read it..enjoy..........
'sebenarnya ape?...'tanya siti..
'hehehe..ala i malu la..hahah'balas ana dengan gaya gedik2 manja.
'oit tolong la jangan nak ngada2 ok..hahah..straightt to the point'geleng siti..
'ok..camni sebenarnya aku suka kat sepet tu tp xtau la suka camner..tp lama2 aku tgk dia tmbh lg darjah kesukaan aku..tp ye la kan nak ke dia kat aku pn..huhu'terang ana.
'ko x fikir ke ko berbeza sgt ngan dia..bkn stakat warna kulit,agama n bangsa tu..jgn la ko main ngan api..'nasihat siti.siti risau sekiranay kawannya yang seorang ini akan angau teruk.
'uit2..warna kulit ni jgn sentuh ek..sensitip..hahaha..tau la kulit aku warna manis..tu la sebab dia lain agama la aku control ati aku ni tp bangsa aku layan je.1 malaysia kn..heheh'sempat lagi ana bergurau.
'ntah la ana oi..yg penting ko pandai jaga diri la..ok la jom jogging..lari sikit la'kata siti.
mereka meneruskan langkah kaki mereka.misi menguruskan badan perlu dilaksanakan hari ini.
jom smbng lg....
hari ini hari isnin...sebentar lagi kelas dr ahmad.ana sentiasa berkobar-kobar untuk menghadiri kelas dr.ahmad bukan kerana seronok belajar di kelas itu semata-mata namun sudah pasti kerana adanya sumber inspirasi di kelas itu. kaki terus melangkah
"huwaaaa..banyaknya asgment dr afidah bagi..mcm nak membunuh je ni"ujar laila sambil muka monyok.
"tu la pasal...arghhh tensen nyer aku dah la kat kolej byk aktiviti"balas ana sambil muka tersengih2.
"eh,ko ni cam suka je keje byk..otak ko ok x ni?"laila buat muka pelik
"hahaha,mmg la tensen psl asgment byk tp bila fikir lepas ni kelas dr ahmad,hilang skit tension tu"ana mengangkat2 keningnya.
"ok apsal ngan kelas dr ahmad..ade ape2 menarik ke?dr ahmad bagi markah lebih ke?"tanya laila
"ala awat otak hg pending hari ni laila oiii..tau la ko studyholic..kira markah je..huhuh...mestilah sebab ada tutttt"ana tersengih lagi...
"Ya Allah, gediknya kawan aku sorg ni..hahaha...ye la2 aku tau sumber inspirasi ko ade kat kelas tu..ana..ana..perangai tak pernah berubah dari awal aku kenal ko..gile ko tu x penah hilang..tp sebab tu la aku syg ko"gelak laila.
laila adalah sahabat terawal ana apabila mereka menyambung degree.laila sangat memahami ana.begitu juga ana..bagi mereka biarlah persahabatan yang dibina akan berkekalan dan diredhai Allah.
"hehehe..gedik2 pn besfren ko..aku pn syg ko gak"senyum ana.
Mereka terus mengorak langkah menuju ke kelas dr.ahmad. sudah pasti,farah,siti dan ida telah menanti mereka di dalam kelas kerana hanya ana dan laila sahaja yang ada kelas lain sebelum kelas dr. Ahmad.
Sejurus, mereka melangkah masuk ke kelas,ana terus melilau mencari sahnbat2nya yang lain. Kelihatan geng ana telah duduk di tempat masing2.
“holaaaa” sapa ana.
“assalamualaikum.” Jawab siti.
“opss static…heheh..waalaikumusalam…soriii”..ana tersengih. Laila hanya tersenyum..
“hahaha..kan kena sedas ngan ustazah siti.”gelak farah. Siti juga turut tergelak..faham benar dia dengan perangai ana yg adakalanya senget.
“ye la,aku mmg silap.weh korg lpas ni nak makan kat mana ek?”Tanya ana.
“ko ni kelas x mula lagi dh tny nak mkn kat mn..truk btol la..”balas ida sambil menggeleng-gelengkn kepalanya.
“ala,aku lapar tahap gaban ni..ko dengar x perot aku dh nyanyi lagu metalicca..aku dah la x srapan apa2 pagi td..kang aku gastric kang sapa yg susah..hukhuk”ana membalas dengan nada buat-buat sedih.
“mula dahhhh..dia wat drama..drama queen ever kwn aku ni..”laila dah pun tergelak.
“hahaha..teruk la ko ni ana..ok2..lpas kelas kite g makan kat red cube..aku rindu nasi lemak kedai tu la” siti member cadangan.
“ko rindu nasi lemak red cube or abg red cube?hahahahah..” sakat ana..siti menjegilkan biji matanya memandang ana.
“oit2.dah2..korang ni x leh start mulalah melalut”farah cuba meleraikan..
“heheh..gurau je.” Ana tersengih.
“gurlss..dr.ahmad dh masuk tu..shhh..aku dh nak start belayar ni..”ida menyampuk. Laila menyiku lengan ida.mereka sudah sangat mengerti bahawa sekejap lagi ida pasti akan tutup mata dan teruskan pelayarannya.tidur.wpn ida suka tidur dalam kelas tp markahnya boleh la tahan namun masih tidak boleh kalahkn laila si studyholic dan siti si skema. Kelas yang tadinya bising menjadi senyap apabila dr.ahmad sudah berdiri di depan kelas.
“assalamualaikum.hari ni kelas x panjang ye.saya ada hal.tp sy nak kamu lantik sorg ketua atau pengarah utk jalankan program.”dr. ahmad memulakan bicara.
“program ape dr?”muthu telah mula bertanya.
“sabar muthu…saya x abis cakap lagi..ish2x kamu ni..”balas dr.ahamd..kelas yg tadinya senyap bertukar riuh sebentar kerana tergelak dgn telatah muthu.
“ok2..senyap semua.ok camni utk tambah markah kamu semua saya bercadang utk adakan camping kat pahang. So sy nak kamu semua form orgnisasi utk jlnkn program ni.from the beginning til d end.semua perancangan pelaksanaan dan laporan akan jadi markah tugasan kamu. So,sy tinggalkan kelas kepada ketua kelas kamu siti untuk uruskan mcmn utk laksanakan program ni.it’s up to u.kamu ada lebih  kurang 44 orang,so, pandai2 kamu untuk dapat markah yang bagus.ok siti, kamu handle..saya kna pergi dlu.ada hal.apa2 nnt kamu inform sy ye siti” terang dr. ahmad.
“wokeh dr.” balas siti selaku ketua kelas yang telah dilantik masa mula-mula kelas lagi. Sejurus dr.ahmad melangkah keluar kelas menjadi bising.rata-rata diantara mereka mempamerkan muka blur.
Siti melangkah ke hadapan kelas mendapatkan microfon..
“testing2..1 2 3..fuh.ok kelas attention ye”siti mulakan bicaranya. Seisi kelas menumpukan perhatian mereka kepada siti. Sesi pemilihan organisasi untuk program pun bermula. Ana hanya memerhatikan keadaan kelas ketika itu.namun tumpuannya lebih kepada ‘sepet’ atau nama sebenarnya you kong liang. Namun kebanyakan kawan sekelas memanggilnya dengan nama jayson. Ana lihat jayson khusyuk memandang dan mendengar siti katakan. Ana sendiri tidak tahu kenapa dia tertarik kepada jayson. Seingat dia inilah kali pertama dia meminati lelaki cina.walaupun dia mmg suka lelaki Chinese look namun bukanlah jejaka berketurunan cina yang akan dicari kerana dia tahu perbezaan agama adalah halangan paling utama. Namun, Jayson mampu menggetarkan hati kecil ana. Jayson bukanlah sekacak mana. Cuma lelaki cina biasa. Berkulit cerah, bermata sepet. Biasa sahaja. Begitu juga ana. Dia hanya berwajah biasa. Cuma Ana kelihatan cukup manis apabila dia tersenyum. Itulah daya tarikan ana seperti yang dikatakan kawan-kawannya.  Mata ana masih terpaku memandang jayson.
“oi, ko dengar x?” tegur laila.
“ha?dengar ape?” ana terkebil-kebil.
“Ya Allah otak ko kemana. Dorg cadangkn ko jadi setiausaha, ko nak x?” terang laila. Ana baru tersedar. Semua mata sedang memandangnya..
“ha?eh, aku xnak. Gila ape aku jd s/u.lain lak program ni jadi kang..bg aku jd ajk biasa dh la. Korg cari yg lain la..ha, ema aku rsa sesuai.dia dh biasa jd s/u. bg dia la..boleh kan ema?” balas ana dengan kalut. Mmg dia seorang yg kalut. kepala Ana seperti tertarik untuk memandang ke kiri. Terasa ada mata yang begitu asyik memandangnya. O, jayson.what?jayson memandangnya sambil tersenyum.
Ana menelan air liur.’alamak, apsal la jayson pandang kat aku time cam ni..ye la mmg dia kna pandang aku, sbb aku tgh ckp..takkan nak pandang tangga lak kan..huhuh..malu..’ ana bermonolog dalam hati.
“ema, ok x ko jd s/u?” Tanya siti.
“ok.boleh je tp semua kna commit la ye.”balas ema.
“ok, ana ko jadi ajk aktiviti ye.sebab otak ko tu byk idea2 yg boleh pakai..kadang2.hehe” arah siti.
“wokeh la..tp yg lain kena la tolong gak” angguk ana lemah. Malas rasanya mahu terlibat dengan aktiviti lagi. Tapi apabila memikirkan ini markah tugasan tepaksa juga anak turuti.
Perbincangan diteruskan lagi.  Ana mencuri pandang kearah jayson kembali sambil menarik nafas lega. Namun sesaat kemudian jayson menoleh kearah ana.nafas yg ditarik tersekat kerana mereka bertentangan mata. Ana terus terbatuk-batuk kerana nafas tidak dialirkan dengan lancar.
“ana, kau ok x?” bisik laila.
“ha? Ok2..tetiba tekak aku gatal.” Cover ana.ana rasa mukanya menjadi merah. Walaupun hakikat kulitnya yang x berapa cerah mana boleh bertukar merah. Ana terus menundukkan mukanya mengadap kertas diatas meja. Cuba menghilangkan rasa getar dihati. Kelas masih lagi hingar dengan sesi pemilihan ajk-ajk program. Ana mencari topic untuk bersembang dengan laila dan ida. Lama kelamaan hati yang tadinya kuat di palu dengan pandangan jayson semakin hilang apabila dia kembali rancak berborak bersama rakan-rakannya..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Hari ahad sepatutnya menjadi hari untuk berehat sedunia. Namun, tidak bagi pelajar kelas pengurusan organisasi. Mereka perlu bertungkus-lumus menyelesaikan persiapan terakhir sebelum berangkat ke Pahang pada hari khamis depan.tinggal 4 hari sahaja lagi. Dari seawal jam 9 pagi mereka telah berbincang dan menyelesaikan kerja sehingga pukul 1 tghari. Akhirnya tugas mereka selesai untuk saat itu.
“hai la, ponin dah ni kepala aku..” siti mengeluh.
“awatnya cheq?hang pening kan apanyer?” Tanya laila. Mereka berempat berkumpul di bilik siti. Laila, ana, ida dan siti. Farah tidak dapat bersama kerana terlibat dengan aktiviti “date”. Maklumlah, markha farah dekat dengan tempat mereka belajar, jadi bila hujung minggu aktiviti farah akan padat. Mereka yang lain sudah faham dan tidak pernah marah pada farah selagi farah tahu menjaga batasnya.
“ha ah,hang duk kalut apa ni?” Tanya ana sambil bergolek-golek atas katil. Walaupun ketika mereka berkumpul berbincang perkara serius bersama di dalam bilik, kegiatan utama ana adalah bergolek atas katil. Pada awalnya, ana kerap dibebel oleh rakan-rakannya tapi lama kelamaan setelah mereka mengenali ana, mereka faham. Hobi ana bergolek dikatil apabila nampak katil. Macam orang tiada pinggang seperti yang selalu digelar oleh laila. Ida hanya senyap memasang telinga. Matanya tertancap pada skrin laptop. Kembali menonton cerita korea setelah penat berbincang tentang tugasan ke pahang.
“x la, aku risau ni. Program kita dah dekat tp mcm x Nampak apa2 pn..” luah siti.
“ala, rileks la siti.insyaallah ok nanti..apa lg yg ko peningkan..bab aktiviti ana dah setelkan.pengangkutan, peralatan semua dah setelkan?”ujar laila.
“ye la,mcm ada benda yg x setel ni.budak2 ni pn bukan semuanya nak komited.ada je yg tumpang nama.x adil btol.markah nak tinggi je.”
“ala, biasa la siti.ajk tido tu sentiasa ada.mcm x biasa wat program lak. Diorg tu x rasa bersalah langsung bila tanggungjawab tu dah letak kat bahu. Tanggungjawab yang diberikan walau sekecil mana pn tetap amanah. Amanah kalo kite x lunaskan akan ditanya nnt. Ko jangan risau,kitorg kan ada kat sini.insyaallah kami akan tolong cik siti mana yang termampu” kata ana sambil kepalanya terjuntai ke bawah katil.
“tq korg.tq ana atas nasihat ko.tapi jgn la sampai jadi cam ular sawa aku tgk.kepala terjuntai ke bawah kaki melekat kat dinding atas..ko wat akrobatik ke?”bebel siti. Laila dan ida ketawa terbahak-bahak apabila ana menunjukkan muka kelatnya. Akhirnya siti turut sama ketawa.
“amboi, sakan korg gelakkan aku ye..heheh.tapi mmg cita-cita aku nak terlibat dgn dunia akrobatik ni tp x kesampaian..tu yang bergolek je ni.weh, tapi jgn bgtau kat mak mentua aku tau perangai aku cam ni. Nnt kempunan aku nak jd menantu dia” balas ana sambil tergelak.
Semakin galak ketawa mereka. Suasana tadi yang tegang bertukar ceria apabila mereka mula bercerita topik yang pelbagai. Apabila berkumpul, ada saja topic yang akan dibincangkan sampai melalut. Tapi disebabkan cerita kedai kopilah yang merapatkan hubungan persahabtan yang terjalin. Siapa sangka jodoh mereka sebagai sahabat masih lagi kuat walaupun pelbagai cabaran dilalui selama 4 tahun berada di university. Semua pengalaman yang dilalui mematangkan diri mereka masing-masing. Hujung minggu mereka dihabiskan bersama dengan hanya berehat di dalam bilik. Setelah penat berceloteh, ida menyambung menonton cerita Korea yang tergendala tadi. Laila telah balik ke bilik. Katanya, mahu menonton tv di bilik rehat. Siti kembali khusyuk membaca novel dan ana seronok mengalunkan dengkurannya. Hujung minggu yang indah.

Comments

Popular Posts